Audio

Hati Yang Berdoa, Tangan Yang Berdoa [Gereja Tuhan Misi Masyarakat Dunia]
Apakah tangan yang paling indah di dunia?
Albrecht Durer, iaitu seorang pelukis Jerman yang dipanggil ‘Leonardo Da Vinci Eropah Utara’ melalui hasil kerjanya, dia menyatakan tangan yang paling indah. Itu ialah ‘Tangan Yang Berdoa’.
Model untuk karya agung Durer, iaitu ‘Tangan Yang Berdoa’ ialah kawan karibnya. Kawan Durer ialah dermawan; dia mengorbankan diri untuk menampung Durer yang mempunyai bakat untuk melukis, bila Durer tidak dapat belajar seni kerana dia datang dari keluarga miskin.
Selepas menamatkan pelajaran disebabkan kawannya itu, Durer menceburi dunia seni dan mula dikenali, sekarang giliran dia pula untuk menampung kawannya jadi dia pergi mencari kawannya itu. Kemudian secara kebetulan, dia ternampak kawan itu berdoa kepada Tuhan untuknya.
“Tuhan! Tanganku sudah pun keras kerana kerja yang susah, jadi aku tidak dapat melukis gambar-gambar yang halus lagi. Tolonglah Durer melukis sebagai gantiku juga, dan tolonglah dia melukis gambar-gambar yang indah demi kemuliaanMu.”
2,000 tahun dahulu, Yesus datang ke Bumi dalam badan manusia demi meyelamatkan manusia dan 40 hari selepas kebangkitanNya, Dia naik ke syurga kemudian, ada orang yang mempunyai tangan indah yang berkumpul di sebuah bilik kecil di Yerusalem. Disebabkan mereka berdoa kepada Tuhan untuk meminta Roh Kudus. Selama 10 hari mereka menyambut Hari Pentakosta dan berdoa bersungguh-sungguh meminta Roh Kudus, akhirnya mereka menerima Roh Kudus seperti yang Yesus janjikan,.
Doa adalah perbuatan yang sangat berharga dan ia disamakan dengan nafas rohani. Sama seperti orang yang tidak bernafas adalah mati, bukti roh kita masih hidup ialah ‘doa’.