N
Biarlah Kami Jadi Kain Linen Halus Ibu yang Cantik
Kain Linen Halus Pengantin Perempuan Anak Domba pada Majlis Perkahwinan Melambangkan Perbuatan Benar Orang Kudus
Alkitab meramalkan bahawa apabila manusia mencuci segala dosa masa lalu dan sifat mereka yang berdosa serta dilahirkan semula melalui perbuatan baik, mereka akan menjadi kain linen halus yang cantik bagi Ibu Syurgawi, iaitu Pengantin Perempuan, dan akan menikmati kemuliaan abadi sebagai imamat diraja di Kerajaan Syurga.
Apakah Nilai yang Diperlukan bagi Putera-Puteri untuk Mewarisi Warisan Tuhan di Kerajaan Syurga?
Untuk menjadi imamat diraja di Syurga, kita harus menerima ajaran Tuhan melalui Alkitab. Ahli-ahli Gereja Tuhan bukan hanya menyambut hari Sabat dan Paskah, tetapi juga mengukir di hati mereka ajaran Kristus Ahnsahnghong yang berkata, “Bersatulah, saling mengasihi dan mengenakan manusia baru,” dan mempraktikkannya, memancarkan kemuliaan Tuhan ke seluruh dunia melalui perbuatan baik.
“Marilah kita bersukacita dan bersorak-sorai, dan memuliakan Dia! Karena hari perkawinan Anak Domba telah tiba, dan pengantin-Nya telah siap sedia.
Dan kepadanya dikaruniakan supaya memakai kain lenan halus yang berkilau-kilauan dan yang putih bersih!” [Lenan halus itu adalah perbuatan-perbuatan yang benar dari orang-orang kudus.]
Wahyu 19:7-8
“Maka Aku berkata kepadamu: Jika hidup keagamaanmu tidak lebih benar dari pada hidup keagamaan ahli-ahli Taurat dan orang-orang Farisi, sesungguhnya kamu tidak akan masuk ke dalam Kerajaan Sorga.”
Matius 5:20
Tontonan8
#Kelakuan yang Betul
#Kasih