Gideon adalah yang paling muda antara kaum keluarga dan sukunya adalah paling kecil antara semua suku Israel. Namun, dia dapat mengalahkan 135,000 orang Midian dengan hanya 300 tentera kerana dia mematuhi firman Tuhan. Musa dan Yosua juga memenangi pertempuran melawan orang Amalek dengan mematuhi firman Tuhan. Dengan cara yang sama, pada hari ini juga, kemenangan dalam semua hal datang daripada mempercayai pertolongan Tuhan dan mentaati-Nya.
Seperti yang diramalkan oleh Yesaya, “Tuhan akan membuat yang paling lemah menjadi bangsa yang kuat,” orang yang menyedari bahawa segala sesuatu di bumi ini sedang dilaksanakan menurut rancangan Tuhan dan mematuhi firman-Nya akan diberkati, meskipun perkara itu kelihatan remeh.
Tetapi jawabnya kepada-Nya: “... kaumku adalah yang paling kecil di antara suku Manasye dan aku pun seorang yang paling muda di antara kaum keluargaku.” Berfirmanlah TUHAN kepadanya: “Tetapi Akulah yang menyertai engkau, sebab itu engkau akan memukul kalah orang Midian itu sampai habis.”
Hakim-hakim 6:15-16
Pendudukmu semuanya orang-orang benar, mereka memiliki negeri untuk selama-lamanya; mereka sebagai cangkokan yang Kutanam sendiri untuk memperlihatkan keagungan-Ku. Yang paling kecil akan menjadi kaum yang besar, dan yang paling lemah akan menjadi bangsa yang kuat; Aku, TUHAN, akan melaksanakannya dengan segera pada waktunya.
Yesaya 60:21-22
119 Bundang P.O.Box, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of KOREA
Tel 031-738-5999 Fax 031-738-5998
Ibu Pejabat: 50, Sunae-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
Gereja Utama: 35, Pangyoyeok-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
ⓒ Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan. Hak cipta terpelihara. Dasar Privasi