Pada masa keluaran umat Israel, malapetaka menimpa seluruh Mesir. Tetapi tidak ada malapetaka menimpa umat Israel. Inilah perbezaan antara tempat yang ada perjanjian Tuhan dengan tempat yang tidak ada perjanjian Tuhan. Tuhan telah memberikan janji besar bahawa di mana sahaja perintah-Nya, iaitu Paskah Perjanjian Baru dipatuhi, umat-Nya akan diberkati apabila mereka masuk dan apabila mereka keluar, dan Dia akan mengangkat mereka di atas segala bangsa di bumi.
Nabi Yesaya, nabi Zefanya dan Petrus bersaksi bahawa ada malapetaka api yang besar akan menimpa bumi ini, kerana dunia tidak mematuhi Perjanjian Baru termasuk hari Sabat dan Paskah Tuhan. Alkitab bersaksi bahawa hanya dengan mematuhi perjanjian Tuhan, manusia dapat menjadi anak-anak Bapa Kristus Ahnsahnghong dan Tuhan Ibu serta menerima perlindungan Tuhan daripada semua malapetaka.
“Jika engkau baik-baik mendengarkan suara TUHAN, Tuhanmu, dan melakukan dengan setia segala perintah-Nya yang kusampaikan kepadamu pada hari ini, maka TUHAN, Tuhanmu, akan mengangkat engkau di atas segala bangsa di bumi. Segala berkat ini akan datang kepadamu dan menjadi bagianmu, jika engkau mendengarkan suara TUHAN, Tuhanmu: ... Diberkatilah engkau pada waktu masuk dan diberkatilah engkau pada waktu keluar.” Ulangan 28:1–2, 6
“Apabila engkau memberitahukan kepada bangsa ini segala perkataan itu dan mereka berkata kepadamu: Mengapakah TUHAN mengancamkan segala malapetaka yang besar ini terhadap kami? Apakah kesalahan kami dan apakah dosa yang telah kami lakukan terhadap TUHAN, Tuhan kami?, maka engkau akan berkata kepada mereka: Oleh karena nenek moyangmu telah meninggalkan Aku, ... dan tidak berpegang pada Taurat-Ku.” Yeremia 16:10–11
119 Bundang P.O.Box, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of KOREA
Tel 031-738-5999 Fax 031-738-5998
Ibu Pejabat: 50, Sunae-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
Gereja Utama: 35, Pangyoyeok-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
ⓒ Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan. Hak cipta terpelihara. Dasar Privasi