Tuhan telah meramalkan malapetaka yang tidak pernah didengar
yang datang pada zaman ini, melalui nabi-nabiNya seperti Zefanya,
Maleakhi, Petrus, dan Yohanes. Dia telah memberitahu kita
bahawa hanya sesiapa yang menerima meterai Tuhan
yang mempunyai nama baru Yesus—Ahnsahnghong, iaitu penyelamat
pada Zaman Roh Kudus, dapat diselamatkan daripada malapetaka terakhir.
Pada zaman Perjanjian Lama, hanya sesiapa
yang meletakkan darah domba Paskah pada rumah mereka
diselamatkan daripada tulah. Pada zaman ini, hanya sesiapa
yang mengambil bahagian dalam roti dan wain Paskah
yang melambangkan daging dan darah Yesus—realiti domba Paskah,
dapat menerima meterai Tuhan
dan diselamatkan daripada malapetaka terakhir.
Ahli-ahli Gereja Tuhan merayakan Paskah Perjanjian Baru,
yang diajarkan oleh Kristus Ahnsahnghong dan Tuhan Ibu,
dan menjalankan misi penginjilan berita keselamatan dengan setia:
“Terimalah meterai Tuhan agar diselamatkan daripada malapetaka
terakhir yang Tuhan sediakan untuk menghakimi orang yang jahat!”
“. . . selaras dengan tingkah lakumu akan Kubalaskan kepadamu dan perbuatan-perbuatanmu yang keji akan tertimpa atasmu. Maka kamu akan mengetahui, bahwa Aku, TUHANlah, yang memusnahkan.” Yehezkiel 7:9
119 Bundang P.O.Box, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of KOREA
Tel 031-738-5999 Fax 031-738-5998
Ibu Pejabat: 50, Sunae-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
Gereja Utama: 35, Pangyoyeok-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
ⓒ Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan. Hak cipta terpelihara. Dasar Privasi