Di Taman Eden, ada Pokok Pengetahuan Tentang yang Baik dan yang Jahat, mengenainya Tuhan berkata, “Hari engkau memakannya, pastilah engkau mati,” dan Pokok Kehidupan yang membawa kehidupan kekal kepada barang siapa yang memakannya. Namun, Adam dan Hawa digodai oleh ular dan mengingkari perintah Tuhan iaitu jangan makan buah larangan. Akibatnya, mereka tidak dibenarkan lagi untuk makan buah Pokok Kehidupan dan mereka mati.
Realiti Pokok Kehidupan ialah Paskah Perjanjian Baru, kita makan daging Yesus dan minum darahNya. Untuk menyelamatkan kita daripada dosa memakan buah larangan—dosa yang membawa maut, Tuhan telah memberi kita satu peluang lagi untuk merayakan Paskah—untuk merayakannya pada bulan kedua menurut kalendar suci.
Paskah telah dihapuskan pada tahun 325 Masihi, dan jalan ke Pokok Kehidupan telah ditutup semula. Kristus Ahnsahnghong, pengasas Gereja Tuhan Misi Masyarakat Dunia, telah membuka jalan itu semula, menurut ramalan Alkitab.
. . . jamuan dengan air anggur yang disimpan lama . . . Dia akan menelan maut untuk selama-lamanya . . . Pada waktu itu orang akan berkata, “Sesungguhnya, inilah Tuhan kita . . .” Yesaya 25:6-9 (versi AVB)
119 Bundang P.O.Box, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of KOREA
Tel 031-738-5999 Fax 031-738-5998
Ibu Pejabat: 50, Sunae-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
Gereja Utama: 35, Pangyoyeok-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
ⓒ Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan. Hak cipta terpelihara. Dasar Privasi