Firman Tuhan yang berbunyi “Jangan bermegah tentang hari esok” merupakan firman yang mengingatkan kita agar tidak menangguhkan peluang untuk menerima berkat ke hari esok yang tidak pasti. Sebaliknya, kita mesti berkongsi kasih sesama saudara-saudari pada hari ini, berdoa pada hari ini, bertaubat atas kesilapan pada hari ini, dan menyampaikan berita penyelamatan dengan segera pada hari ini juga.
Melalui sejarah sida-sida Kandake, ratu Etiopia yang dibaptis sebaik sahaja dia memahami kebenaran dalam perjalanan, serta kepala penjara dan seisi keluarganya yang dibaptis pada tengah malam tanpa menunggu waktu fajar, Kristus Ahnsahnghong dan Tuhan Ibu mengajar bahawa kita dapat menyelamatkan dunia hanya apabila kita menyampaikan Injil Perjanjian Baru, iaitu berita keselamatan, serta-merta selepas menyedarinya.
Jangan bermegah tentang hari esok, kerana engkau tidak tahu apa yang akan terjadi pada hari itu. Amsal 27:1 [AVB]
119 Bundang P.O.Box, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of KOREA
Tel 031-738-5999 Fax 031-738-5998
Ibu Pejabat: 50, Sunae-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
Gereja Utama: 35, Pangyoyeok-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
ⓒ Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan. Hak cipta terpelihara. Dasar Privasi