Pada 1 Disember 2024, ASEZ WAO telah mengisytiharkan komitmen itu untuk “Tamatkan Pencemaran Plastik Menjelang Tahun 2040.” Mesej tindakan yang tegas ini disampaikan kepada dunia melalui konsert alam sekitar.
Susulan pengisytiharan tersebut, ahli-ahli ASEZ WAO telah menggerakkan kempen pembersihan jalanan dan kempen tanpa plastik di 18 lokasi di seluruh Korea dan juga di peringkat global.
Di Pantai Gwangalli, Busan, seramai lebih 600 anak muda telah membanjiri kawasan pesisir pantai dan bandar untuk menjalankan aktiviti pembersihan. Selain mengutip sisa, mereka turut giat menyuntik kesedaran masyarakat tentang krisis pencemaran plastik yang semakin meruncing serta kepentingan bertindak segera.
Peserta yang hadir terdiri daripada pelbagai latar belakang—termasuk golongan profesional, pelajar, serta pelajar antarabangsa—yang masing-masing berkongsi azam peribadi dalam melindungi ekosistem. Usaha murni ini turut mendapat sambutan hangat dan tandatangan sokongan daripada warga kota yang tampil secara sukarela.
Hasil daripada gerak kerja kolektif ini, sebanyak kira-kira 3,684 kg sisa plastik berjaya dikumpulkan. Pencapaian ini dianggarkan mampu mengurangkan pelepasan karbon dioksida sebanyak 12,894 kg.
ASEZ WAO tekad untuk terus mengorak langkah demi menoktahkan pencemaran plastik.
119 Bundang P.O.Box, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of KOREA
Tel 031-738-5999 Fax 031-738-5998
Ibu Pejabat: 50, Sunae-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
Gereja Utama: 35, Pangyoyeok-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
ⓒ Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan. Hak cipta terpelihara. Dasar Privasi