Perayaan Roti Tidak Beragi ialah perayaan apabila Yesus Kristus memikul salib penderitaan untuk pendosa-pendosa.
Tuhan mengajar kita bahawa apabila semua manusia, iaitu pendosa Syurgawi, mengikut teladan Kristus, memikul salib mereka dan mengikuti jalan Kristus, mereka dapat mempunyai hati yang merindui kekekalan melalui penderitaan dan kesukaran.
Orang kudus Gereja awal menyedari bahawa ada kehidupan kekal di dunia akhirat dan menerima semua penderitaan, kesukaran serta penganiayaan segembiranya dengan hati yang merindui kekekalan.
Begitu juga, ahli-ahli Gereja Tuhan sentiasa bersyukur atas segala-gala yang mereka hadapi di bumi ini.
Aku telah melihat pekerjaan yang diberikan Tuhan kepada anak-anak manusia untuk melelahkan dirinya. Ia membuat segala sesuatu indah pada waktunya, bahkan Ia memberikan kekekalan [keinginan untuk mengetahui masa depan yang kekal, TSI] dalam hati mereka. ...
Pengkhotbah 3:10-11
Dengan demikian, kami tidak tawar hati. … Kesusahan yang ringan dan hanya sedetik [sementara, TSI] ini membawa bagi kami kemuliaan yang kekal tanpa bandingan.
2 Korintus 4:16-17 [AVB]
119 Bundang P.O.Box, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of KOREA
Tel 031-738-5999 Fax 031-738-5998
Ibu Pejabat: 50, Sunae-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
Gereja Utama: 35, Pangyoyeok-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
ⓒ Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan. Hak cipta terpelihara. Dasar Privasi