Seperti namanya, Paskah Perjanjian Baru ialah perayaan yang melaluinya malapetaka melewati. Keberkesanan Paskah Perjanjian Baru yang membenarkan malapetaka melewati masih berlaku sehingga hari ini.
Malangnya, ramai orang tidak berusaha untuk menerima janji yang pasti ini. Sudah tentu, mungkin ada sebab mereka sukar untuk mempercayainya, tetapi lebih tepat lagi, kerana mereka yakin bahawa malapetaka seperti itu tidak akan berlaku kepada mereka.
Sama juga pada zaman Nuh. Walaupun Nuh membina bahtera besar dalam tempoh yang panjang, dan bahkan ketika hujan mulai turun, orang pada masa itu meneruskan kehidupan harian mereka dengan acuh tak acuh. Mereka tidak menyangka bahawa hujan akan menyebabkan banjir.
Dengan cara ini, malapetaka tidak dapat diramalkan. Mustahil untuk mengetahui dengan sempurna bila, di mana dan apakah jenis malapetaka akan berlaku serta bersedia untuknya. Sudah tentu, bernasib baik jika kita cukup bertuah untuk terus hidup di tengah-tengah malapetaka, tetapi bukankah terlalu bahaya dan semberono untuk bergantung pada kebetulansepanjang masa?
Semua manusia memerlukan janji Tuhan yang pasti. Janji itu ialah Paskah Perjanjian Baru, yang melaluinya malapetaka melewati.
00:00 Banjir Nuh
00:51 Sebab Mereka Tidak Memasuki Bahtera
01:57 Keadaan Orang Yang Tertinggal
02:42 Malapetaka Hari Ini
03:12 Cara Mempersiapkan Diri terhadap Malapetaka: Paskah Perjanjian Baru
04:10 Bukan Nasib atau Kebetulan, Tetapi Janji Tuhan yang Pasti
119 Bundang P.O.Box, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of KOREA
Tel 031-738-5999 Fax 031-738-5998
Ibu Pejabat: 50, Sunae-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
Gereja Utama: 35, Pangyoyeok-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
ⓒ Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan. Hak cipta terpelihara. Dasar Privasi