Neraka ialah tempat yang sangat dahsyat, tempat itu sukar untu menerima setitik air dalam penderitaan api. (Luk 16:24) Yesus berkata jika tangan, kaki atau mata kita menyebabkan kita berdosa, lebih baik memotong atau mencabutnya daripada pergi ke neraka. (Markus 9:43) Hal ini kerana seksaan di neraka tidak dapat dibandingkan dengan kesakitan memotong bahagian badan kita.
“Di mana ulat-ulat bangkai tidak mati dan api tidak padam.” Markus 9:48
“Karena setiap orang akan digarami dengan api.” Markus 9:49
Walaupun hukuman neraka amat menyakitkan, kita tidak dapat mati. Di neraka, tiada saat kegembiraan, tiada saat rehat, tiada harapan keselamatan sama sekali, tetapi hanya kesakitan, penyesalan dan kesedihan yang besar. Mengapakah kita pergi ke neraka jika kita tidak bertaubat selepas mendengar Injil?
Sebelum kita dilahirkan di bumi ini, kita ialah malaikat di syurga. (Ayub 38:4-21) Namun, kita melakukan dosa di syurga dan menerima hukuman pergi ke neraka. Jadi kita dilahirkan di bumi, penjara rohani, dan kita tinggal di sini buat sementara. (Yehezkiel 28:13-17) Jika kita tidak mencari jalan untuk mengelakkan hukuman neraka di bumi ini, kita akan ditetapkan untuk pergi ke neraka.
“Aku ini manusia celaka! Siapakah yang akan melepaskan aku dari tubuh maut ini?” Roma 7:24
Tuhan mengasihani manusia yang ditakdirkan untuk menerima hukuman neraka, Dia Sendiri datang ke bumi ini untuk menunjukkan jalan untuk mengelakkan hukuman neraka.
“Aku datang. . . untuk memanggil. . . orang berdosa, supaya mereka bertobat.” Luk 5:32
Untuk mengampunkan dosa kita yang membawa kematian dan menyelamatkan kita daripada hukuman neraka, Tuhan memberikan daging dan darah-Nya sebagai tebusan bagi umat manusia, iaitu pendosa.
“Ambillah dan makanlah; roti Paskah ialah tubuh-Ku.” Matius 26:26
“Air anggur Paskah ialah darah perjanjian-Ku, yang ditumpahkan bagi banyak orang untuk pengampunan dosa.” Matius 26:28
Apabila kita menyambut Paskah Perjanjian Baru, kita diberkati dengan pengampunan dosa dan diselamatkan daripada hukuman neraka. Dan juga, kita dapat menerima kehidupan kekal dan kembali ke syurga.
“Barangsiapa makan daging-Ku dan minum darah-Ku, ia mempunyai hidup yang kekal dan Aku akan membangkitkan dia pada akhir zaman.” Yohanes 6:54
Namun, jika kita menolak mesej, “Terimalah pengampunan dosa dan kehidupan kekal melalui Paskah,” dosa yang kita lakukan di Syurga tidak dapat diampunkan, kita akan menerima hukuman neraka seperti yang ditakdirkan.
“Aku sangat rindu makan Paskah ini bersama-sama dengan kamu, sebelum Aku menderita.” Lukas 22:15
Sambutlah Paskah Perjanjian Baru, tanda Tuhan untuk pengampunan dosa, dan kembali ke Syurga!
119 Bundang P.O.Box, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of KOREA
Tel 031-738-5999 Fax 031-738-5998
Ibu Pejabat: 50, Sunae-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
Gereja Utama: 35, Pangyoyeok-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
ⓒ Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan. Hak cipta terpelihara. Dasar Privasi