Di mana sahaja kita lahir di dunia ini, semua persekitaran dan tradisi tertanam dalam kita apabila kita membesar. Banyak kali apabila orang ditanya, “Mengapakah kita lakukan ini?” jawapan sering diberikan, “Saya tidak tahu. Itulah cara yang selalu saya lakukan.” Dengan ini, tradisi yang dipegang oleh orang sejak kecil terus kekal dalam mereka walaupun mereka sudah menjadi dewasa. Tetapi bagaimana pula dengan sesuatu yang penting seperti iman yang menentukan identiti rohani kita?
Adakah kita harus membiarkan tradisi nenek moyang kita menentukan takdir rohani kita, tanpa cuba mengetahui asal usulnya?
Apabila kita melihat sekeliling, kita dapat melihat bahawa doktrin Kristian agak jauh daripada ajaran Alkitab. Malangnya, perubahan ini mula berlaku kira-kira pada pertengahan abad kedua hingga pertengahan abad keempat apabila Kepausan menggunakan kekuasaannya atas semua gereja dan membentuk semula agama Kristian untuk mengikut tradisi dewa matahari Rom dalam nama Yesus. Apabila kita melihat sejarah, ibadah hari Ahad sebenarnya merupakan hukum yang diisytiharkan di Rom pada tahun 321 M untuk memuliakan matahari. Juga, 25 Disember yang berasal dari kelahiran Mithra, dewa matahari Persia telah diserap oleh agama Kristian pada tahun 354 M, lebih daripada 300 tahun selepas Yesus naik ke Syurga.
Kalau begitu, jika seluruh dunia menyembah Tuhan dengan bersia-sia melalui tradisi dan perintah buatan manusia, Tuhan akan memberikan keselamatan kepada siapa? Sebab itulah sangat penting untuk memahami bahawa Kristus Yang Datang Kali Kedua telah datang menurut semua ramalan Alkitab. Dia telah memulihkan ajaran-ajaran Tuhan pada zaman kita.
Akan terjadi pada hari-hari yang terakhir: gunung rumah TUHAN akan berdiri tegak mengatasi gunung-gunung ... bangsa-bangsa akan berduyun-duyun ke sana, ... supaya Ia mengajar kita tentang jalan-jalan-Nya, ...
Mikha 4:1-2
Dalam buku Mikha 4, dikatakan bahawa pada akhir zaman semua bangsa akan datang dan diajar oleh Tuhan. Kalau begitu, antara semua gereja di dunia, manakah satu-satunya gereja yang diajar oleh Kristus Yang Datang Kali Kedua dan mematuhi semua perintah Tuhan seperti hari Sabat, Paskah, dan peraturan tudung? Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan! Buanglah tradisi manusia dan terimalah keselamatan roh kita, mempunyai iman sejati yang berpegang pada perintah Tuhan.
119 Bundang P.O.Box, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of KOREA
Tel 031-738-5999 Fax 031-738-5998
Ibu Pejabat: 50, Sunae-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
Gereja Utama: 35, Pangyoyeok-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
ⓒ Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan. Hak cipta terpelihara. Dasar Privasi