Pertama sekali, susu ibu memupuk ikatan yang kuat antara ibu dengan anak serta berfungsi sebagai sumber nutrien yang penting.
Susu permulaan, kolostrum, berperanan sebagai vaksin semula jadi, perlindungan kepada bayi yang baru lahir.
Oleh kerana kolostrum yang terkandung dalam susu ibu, bayi menerima 100% perlindungan daripada pelbagai penyakit.
Menyedari kepentingan susu ibu menekankan prinsip yang penting, bukan hanya dalam dunia fizikal tetapi juga
dalam dunia rohani.
“Ya Tuhan kami, Engkau layak menerima puji-pujian dan hormat dan kuasa; sebab Engkau telah menciptakan segala sesuatu; dan oleh karena kehendak-Mu semuanya itu ada dan diciptakan.”
Wahyu 4:11
Sama seperti ada ibu yang menyusukan bayinya di bumi, bukankah seharusnya ada Ibu rohani yang menyusukan kita secara rohani di Syurga?
Alkitab membuktikan kewujudan Ibu rohani di Syurga yang memberikan susu ibu rohani, sama seperti ada ibu fizkal yang membesar anak-anaknya dengan memberikan susu ibu.
Tetapi Yerusalem sorgawi adalah perempuan yang merdeka, dan ialah ibu kita.
“Tetapi Yerusalem sorgawi adalah perempuan yang merdeka, dan ialah ibu kita.”
Galatia 4:26
Alkitab meramalkan bahawa pada akhir zaman Ibu Syurgawi Yerusalem memberikan susu ibu rohani, iaitu darah putih rohani kepada semua manusia yang memerlukan keselamatan.
“Bersukacitalah bersama-sama Yerusalem, dan bersorak-soraklah karenanya, hai semua orang yang mencintainya! ... supaya kamu mengisap dan menjadi kenyang dari susu yang menyegarkan kamu, supaya kamu
menghirup dan menikmati dari dadanya yang bernas.”
Yesaya 66:10-13
Seperti bayi menerima kehidupan melalui ibu fizikal, kita dapat menerima keselamatan melalui Ibu rohani.
119 Bundang P.O.Box, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of KOREA
Tel 031-738-5999 Fax 031-738-5998
Ibu Pejabat: 50, Sunae-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
Gereja Utama: 35, Pangyoyeok-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
ⓒ Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan. Hak cipta terpelihara. Dasar Privasi