Setiap aktiviti manusia mempunyai tujuan tersendiri. Kalau begitu, apakah tujuan untuk pergi ke gereja? Apakah tujuan iman kita?
. . . karena kamu telah mencapai tujuan imanmu, yaitu keselamatan jiwamu. 1 Ptr 1:9
Alkitab berkata bahawa tujuan iman kita ialah keselamatan roh kita. Roh kita akan berada dalam bahaya maut di neraka sebagai akibat dosa, jika kita gagal diselamatkan (Rm 6:23, Why 20:12-15).
Keselamatan roh kita bererti dibebaskan daripada kematian kekal dan seksaan di neraka serta menerima kehidupan kekal. Kita ditakdirkan untuk diseksa di neraka yang kekal, tetapi Tuhan menjanjikan kita kehidupan kekal.
Dan inilah janji yang telah dijanjikan-Nya sendiri kepada kita, yaitu hidup yang kekal.1 Yoh 2:25
Oleh itu, kita dapat mengatakan bahawa tujuan iman kita ialah kehidupan kekal. Kalau begitu, apakah yang Yesus, Penyelamat kita, minta kita lakukan untuk mempunyai kehidupan kekal?
Maka kata Yesus kepada mereka: “Aku berkata kepadamu, sesungguhnya jikalau kamu tidak makan daging Anak Manusia dan minum darah-Nya, kamu tidak mempunyai hidup di dalam dirimu. Barangsiapa makan daging-Ku dan minum darah-Ku, ia mempunyai hidup yang kekal dan Aku akan membangkitkan dia pada akhir zaman.”Yoh 6:53-54
Kita mesti makan daging Yesus dan minum darahNya untuk mempunyai kehidupan kekal. Kalau begitu, bagaimanakah kita dapat makan daging Yesus dan minum darahNya?
. . . Yesus mengambil roti, mengucap berkat . . . “. . . inilah [roti Paskah] ialah tubuh-Ku … inilah [air anggur Paskah] ialah darah-Ku, darah perjanjian, yang ditumpahkan bagi banyak orang untuk pengampunan dosa.”Mat 26:26-28
Yesus merujuk kepada roti Paskah sebagai tubuhNya dan air anggur Paskah sebagai darahNya. Orang yang menyambut Paskah Perjanjian Baru mempunyai kehidupan kekal, kerana merekalah orang yang makan daging Yesus dan minum darahNya.
Oleh itu, marilah kita menyambut Paskah seperti yang dilakukan oleh Yesus dan murid-muridNya, supaya kita boleh mempunyai kehidupan kekal, iaitu tujuan iman kita dan memasuki Kerajaan Syurga.
Kristus Ahnsahnghong iaitu Yesus Yang Datang Kali Kedua telah menubuhkan Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan, dan itulah satu-satunya gereja yang menyambut Paskah Perjanjian Baru menurut Alkitab.
119 Bundang P.O.Box, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of KOREA
Tel 031-738-5999 Fax 031-738-5998
Ibu Pejabat: 50, Sunae-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
Gereja Utama: 35, Pangyoyeok-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
ⓒ Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan. Hak cipta terpelihara. Dasar Privasi