Yesus menaburkan kebenaran gandum pada 2,000 tahun dahulu, tetapi Syaitan menaburkan lalang yang menyesatkan seluruh dunia. Kedua-dua lalang dan gandum tumbuh bersama sehingga akhir zaman. Namun, pada waktu menuai, lalang akan dicampakkan ke dalam dapur api.
Disebabakan kepalsuan ditaburkan selepas Zaman Para Rasul, hanya apabila kita menjumpai kebenaran Zaman Para Rasul dan mematuhinya, iaitu perayaan-perayaan Perjanjian Baru seperti hari Sabat dan Paskah, kita akan menjadi gandum dan masuk ke dalam lumbung syurgawi yang kekal.
Kita tidak dapat membezakan perangkap Syaitan yang licik dengan pengetahuan manusia, oleh itu kita akan dapat menjumpai kebenaran hanya apabila kita menemui Tuhan yang datang sebagai Tunas Daud.
Pada zaman ini, Gereja Tuhan dapat mematuhi kebenaran Zaman Para Rasul seperti hari Sabat dan Paskah kerana Kristus Ahnsahnghong datang sebagai Tunas Daud dan mengembalikan semua kebenaran.
Maka menangislah aku dengan amat sedihnya, karena tidak ada seorang pun yang dianggap layak untuk membuka gulungan kitab itu ataupun melihat sebelah dalamnya . . . “tunas Daud, telah menang, sehingga Ia dapat membuka gulungan kitab itu dan membuka ketujuh meterainya.” Wahyu 5:4-5
119 Bundang P.O.Box, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of KOREA
Tel 031-738-5999 Fax 031-738-5998
Ibu Pejabat: 50, Sunae-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
Gereja Utama: 35, Pangyoyeok-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
ⓒ Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan. Hak cipta terpelihara. Dasar Privasi