Ahnsahnghong, iaitu Kristus yang datang buat kali kedua, telah dibaptis pada umur 30 tahun pada tahun 1948 dan memulakan kehidupan Injil-Nya untuk memancarkan cahaya kebenaran, menurut ramalan Raja Daud. Dia datang ke bumi ini sebagai manusia untuk menyelamatkan manusia, dan menjalani kehidupan yang penuh dengan kesakitan dan penderitaan, bukan kemuliaan.
Memandangkan Dia dilahirkan pada tahun 1918, Dia terpaksa melalui era eksploitasi dan penindasan semasa pendudukan Jepun. Apabila Kristus Ahnsahnghong memulakan pelayanan-Nya, Republik Korea secara rohani berada dalam keadaan tandus. Secara fizikal juga, persekitarannya sangat buruk. Pada masa itu, Republik Korea yang baru dibebaskan daripada penjajahan Jepun, direndahkan martabatnya kepada negara termiskin di dunia selepas Perang Korea yang meletus pada tahun 1950, dan semua rakyat terpaksa mengalami kesukaran hidup yang teruk.
Sama seperti Kristus Yesus pada 2,000 tahun dahulu, Kristus Ahnsahnghong mematuhi hukum kehidupan dan memberitakan Injil, sambil melakukan semua kerja berat, walaupun Dia dihina dan dicemuh.
Pada masa apabila ramai orang mendapati sukar untuk mencari nafkah dan lapar, Kristus Ahnsahnghong terpaksa melakukan kerja batu yang dielakkan, untuk memberikan teladan mematuhi perintah Tuhan termasuk Hari Sabat. Kerja keras ini menyebabkan Dia mempunyai kapalan sebesar belakang tangan di leher-Nya. Dia menggunakan upah yang diperolehi dengan kerja keras itu untuk perbelanjaan penginjilan dan untuk menulis buku-buku yang akan mendedahkan kebenaran kehidupan. Jadi Dia sering kali memuaskan kelaparan-Nya dengan bubur barli atau tidak makan. Selepas kerja keras seharian, Dia menulis buku-buku untuk keselamatan semua manusia sepanjang malam, dan memulihkan kebenaran Perjanjian Baru melalui banyak hari berpuasa dan korban.
Kristus Ahnsahnghong meramalkan tentang kematian-Nya melalui media 4 tahun sebelum Dia menamatkan kehidupan manusia di bumi, dan mempercayakan gereja kepada murid-murid-Nya. Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan mematuhi kebenaran Perjanjian Baru dan memberitakan berita keselamatan kepada 7.8 bilion orang di seluruh dunia, mengikut teladan Kristus Ahnsahnghong.
119 Bundang P.O.Box, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of KOREA
Tel 031-738-5999 Fax 031-738-5998
Ibu Pejabat: 50, Sunae-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
Gereja Utama: 35, Pangyoyeok-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
ⓒ Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan. Hak cipta terpelihara. Dasar Privasi