Kerajaan syurga ialah tempat kebahagiaan dan kegembiraan abadi, tanpa kematian, kesakitan atau penderitaan. Sebab itulah Tuhan memberitahu kita supaya jangan hidup tanpa tujuan seolah-olah kita akan hidup seribu tahun walaupun kita tidak dapat hidup seratus tahun pun, tetapi hidup untuk Kerajaan Syurga.
Sama seperti Yesus memberikan kehidupan kepada manusia melalui Paskah Perjanjian Baru pada 2,000 tahun dahulu, Kristus Ahnsahnghong dan Tuhan Ibu telah mengajar kita bahawa kita harus menyambut Paskah demi kehidupan kekal, bukan demi kehidupan yang akan layu seperti bunga-bunga di padang.
Hari demi hari kami lalui dalam kemurkaan-Mu; tahun demi tahun kami akhiri dengan keluhan. Hidup kami hanyalah tujuh puluh tahun – dan jika kerana kekuatan usia kami mencapai lapan puluh tahun; tiada kemegahannya kecuali penat lelah dan sedih pilu, kerana sebentar sahaja nyawa pun diragut lalu kami melayang pergi.
Mazmur 90:9-10 [AVB]
Sebab: "Semua yang hidup adalah seperti rumput dan segala kemuliaannya seperti bunga rumput, rumput menjadi kering, dan bunga gugur, tetapi firman Tuhan tetap untuk selama-lamanya." ...
1 Petrus 1:24-25
119 Bundang P.O.Box, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of KOREA
Tel 031-738-5999 Fax 031-738-5998
Ibu Pejabat: 50, Sunae-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
Gereja Utama: 35, Pangyoyeok-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
ⓒ Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan. Hak cipta terpelihara. Dasar Privasi