Ahli-ahli Gereja Tuhan percaya bahawa Kristus Ahnsahnghong ialah Kristus Yang Datang Kali Kedua. Hal itu kerana Dialah satu-satunya membenarkan manusia yang ditakdirkan mati disebabkan dosa makan buah Pokok Pengetahuan tentang Yang Baik dan Yang Jahat boleh makan buah Pokok Kehidupan sekali lagi dan menjanjikan kehidupan kekal melalui Paskah Perjanjian Baru, iaitu realiti buah Pokok Kehidupan.
Sama seperti orang Yahudi menganiaya Yesus pada 2,000 tahun dahulu, menganggap Dia hanyalah anak seorang tukang kayu,
hari ini juga, ramai orang tidak percaya Kristus Ahnsahnghong yang telah datang untuk memberi keselamatan.
Walau bagaimanapun, umat Tuhan yang akan diselamatkan menyedari Paskah Perjanjian Baru, iaitu realiti buah Pokok Kehidupan dan datang kepada-Nya.
TUHAN semesta alam akan menyediakan ... suatu perjamuan dengan masakan yang bergemuk, suatu perjamuan dengan anggur yang tua benar ... Ia akan meniadakan maut untuk seterusnya; dan Tuhan akan menghapuskan air mata dari pada segala muka; dan aib umat-Nya akan dijauhkan-Nya dari seluruh bumi, sebab TUHAN telah mengatakannya. Pada waktu itu orang akan berkata: “Sesungguhnya, inilah Tuhan kita ...”
Yesaya 25:6-9
119 Bundang P.O.Box, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of KOREA
Tel 031-738-5999 Fax 031-738-5998
Ibu Pejabat: 50, Sunae-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
Gereja Utama: 35, Pangyoyeok-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
ⓒ Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan. Hak cipta terpelihara. Dasar Privasi