Tempat kudus dan tabir yang dibina oleh Musa sebagai gambaran tempat kudus syurgawi melambangkan Yesus Kristus, dan tempat maha kudus melambangkan Ibu Syurgawi Yerusalem. Melalui tempat kudus, Tuhan membuat kita menyedari Tuhan Bapa dan Tuhan Ibu.
Para nabi membuktikan bahawa manusia dapat menerima kehidupan melalui air kehidupan yang mengalir dari Bait Suci. 2,000 tahun yang lalu, Yesus iaitu Bait Suci berseru pada Hari Terakhir Perayaan Pondok Daun, “Terimalah air kehidupan!” Dalam Alkitab, pada zaman Roh Kudus, Roh dan Pengantin Perempuan, iaitu realiti tempat kudus dan tempat maha kudus diramalkan akan datang ke bumi ini dan memberikan keselamatan kepada manusia melalui air kehidupan.
Lalu kata orang Yahudi kepada-Nya: “Empat puluh enam tahun orang mendirikan Bait Tuhan ini dan Engkau dapat membangunnya dalam tiga hari?” Tetapi yang dimaksudkan-Nya dengan Bait Tuhan ialah tubuh-Nya sendiri.
Yohanes 2:20-21
Roh dan pengantin perempuan itu berkata: “Marilah!” Dan barangsiapa yang mendengarnya, hendaklah ia berkata: “Marilah!” Dan barangsiapa yang haus, hendaklah ia datang, dan barangsiapa yang mau, hendaklah ia mengambil air kehidupan dengan cuma-cuma!
Wahyu 22:17
119 Bundang P.O.Box, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of KOREA
Tel 031-738-5999 Fax 031-738-5998
Ibu Pejabat: 50, Sunae-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
Gereja Utama: 35, Pangyoyeok-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
ⓒ Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan. Hak cipta terpelihara. Dasar Privasi