Di dalam buku Ibrani, Kristus diramalkan datang buat kali kedua untuk menyelamatkan manusia. Mikha meramalkan Tuhan akan datang ke Sion dan bahawa Dia sendiri akan mengajar kita jalanNya pada hari-hari terakhir. Yesaya meramalkan bahawa Dia yang memberi manusia kehidupan kekal melalui Paskah Perjanjian Baru pastilah Tuhan kita.
Kristus Ahnsahnghong datang ke bumi ini dalam badan buat kali kedua dan menjadi Raja Sion dengan memulihkan Paskah Perjanjian Baru yang telah dihapuskan pada tahun 325 M. Selepas menyelesaikan pelayananNya selama 37 tahun menurut ramalan takhta Raja Daud, Dia mengajar umat Sion kebenaran Tuhan Ibu, Pengantin Perempuan Roh.
Sepertimana Petrus mengenal Yesus melalui fakta bahawa Yesus memberikan firman kehidupan kekal, Gereja Tuhan percaya kepada Kristus Ahnsahnghong dan Tuhan Ibu, yang memberi kita firman kehidupan kekal pada zaman Roh Kudus.
“Kristus yang Datang Kali Kedua harus datang dalam nama Daud dan mesti meninggal dunia selepas memberitakan Injil selama 37 tahun.”
119 Bundang P.O.Box, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of KOREA
Tel 031-738-5999 Fax 031-738-5998
Ibu Pejabat: 50, Sunae-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
Gereja Utama: 35, Pangyoyeok-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
ⓒ Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan. Hak cipta terpelihara. Dasar Privasi