Salomo telah melakukan segala sesuatu yang dia mahu. Namun akhirnya, dia berkata, “Segala sesuatu adalah sia-sia.” Bahkan Alexander Agung juga mengakui bahawa orang kembali dengan tangan hampa apabila maut datang. Jadi, kita tidak boleh berpuas hati dengan kegembiraan dan keseronokan bumi yang seketika, tetapi haruslah hidup demi Kerajaan Syurga yang kekal, menakuti Tuhan dan mematuhi perintah-Nya. Cara hidup yang bijak adalah menjalani kehidupan demi kebahagiaan yang akan kita nikmati buat selama-lamanya di Kerajaan Syurga.
Manusia haruslah membuat pilihan yang akan membuatkan kita hidup dengan setia di bumi ini dan menerima berkat Tuhan di syurga. Ahli-ahli Gereja Tuhan menyambut hari Sabat dan tujuh perayaan tahunan serta memuliakan Tuhan melalui perbuatan baik sebagai persiapan demi Kerajaan Syurga dan kehidupan kekal.
… debu kembali menjadi tanah seperti semula dan roh kembali kepada Tuhan yang mengaruniakannya. Kesia-siaan atas kesia-siaan, kata Pengkhotbah, segala sesuatu adalah sia-sia. … Akhir kata dari segala yang didengar ialah: takutlah akan Tuhan dan berpeganglah pada perintah-perintah-Nya, karena ini adalah kewajiban setiap orang. Pengkhotbah 12:7–8, 13
119 Bundang P.O.Box, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of KOREA
Tel 031-738-5999 Fax 031-738-5998
Ibu Pejabat: 50, Sunae-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
Gereja Utama: 35, Pangyoyeok-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
ⓒ Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan. Hak cipta terpelihara. Dasar Privasi