Namun, di kolej, saya mula bertanya diri sama ada kepercayaan saya adalah benar atau hanya adat dan tradisi.
Semasa saya mencari jawapan, saya dijemput untuk belajar Alkitab daripada ahli-ahli Gereja Tuhan.
Semasa belajar Alkitab, saya benar-benar takjub dengan apa yang mereka tunjukkan dalam Alkitab.
Jadi saya benar-benar dapat tahu bahawa apa yang Gereja Tuhan ajarkan adalah betul, dan ini pastilah kebenaran.
[BAHAGIAN 2]
Antara semua perkara yang saya pelajari di Gereja Tuhan, apa yang paling manakjubkan dan paling mengharukan bagi saya ialah Tuhan Ibu.
Itu amat menakjubkan kerana kita selalu pergi ke gereja dan percaya kepada Tuhan Bapa, tetapi Alkitab membuktikan Ibu Syurgawi, iaitu Tuhan Ibu.
Apabila saya pelajari bahawa Yerusalem Baru, Pengantin Perempuan, iaitu mempelai Anak Domba ialah Ibu Syurgawi, dan Dia telah dibuktikan sejak permulaan buku Kejadian semasa Tuhan berkata, “Baiklah Kita menjadikan manusia menurut gambar dan rupa Kita,” saya sangat terkejut.
Tuhan Ibu dibuktikan dari buku pertama Kejadian hingga buku terakhir Wahyu.
Saya dapat memahami bahawa kesaksian Tuhan Ibu adalah dari permulaan Alkitab.
Ia dipenuhi dalam seluruh kitab suci.
[BAHAGIAN 3]
Mempercayai Tuhan Ibu bagi saya adalah mudah apabila saya belajar Alkitab, namun, ia agak sukar untuk mempercayai bahawa Dia telah datang dalam tubuh manusia.
Cara yang membolehkan saya fahami adalah dengan melihat kembali apa yang berlaku pada Yesus dua ribu tahun dahulu.
Dengan itu, saya dapat menyedari bahawa untuk menerima Ibu Syurgawi yang telah datang dalam tubuh manusia, saya tidak harus mendekati atau mempercayai Tuhan Ibu melalui idea, persepsi atau andaian saya yang terhad.
Saya perlu melihat dan mempercayai Ibu Syurgawi hanya melalui ramalan-ramalan Alkitab.
[BAHAGIAN 4]
Jika ada sesiapa yang sukar menerima Tuhan Ibu, saya mencadangkan mereka melihat ciptaan Tuhan sekeliling untuk mula memahami Tuhan Ibu.
Kehidupan berasal daripada ibu. Itu ialah hukum alam semula jadi Tuhan sendiri tetapkan dan tidak akan diubah.
Melaluinya, Tuhan mahu menunjukkan kita bahawa bukan hanya ada Tuhan Bapa tetapi ada Tuhan Ibu yang memberi kita kehidupan kekal.
[BAHAGIAN 5]
Sebelum ini, saya selalu risau sama ada saya dapat membuat keputusan yang betul dalam hidup, dan sama ada saya dapat menjalani satu-satunya kehidupan dengan baik atau tidak.
Namun, selepas menerima dan belajar kebenaran, akhirnya saya berasa gembira dan yakin bahawa saya dapat mentaati Tuhan dan menjalani kehidupan yang layak sebagai anak Tuhan serta memasuki Syurga.
Jika ada sesiapa yang teragak-agak untuk datang ke Gereja Tuhan, saya mengesyorkan anda datang sahaja bila-bila untuk belajar Alkitab.
119 Bundang P.O.Box, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of KOREA
Tel 031-738-5999 Fax 031-738-5998
Ibu Pejabat: 50, Sunae-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
Gereja Utama: 35, Pangyoyeok-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
ⓒ Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan. Hak cipta terpelihara. Dasar Privasi