Tuhan Yang Mahakuasa, yang menciptakan cahaya dan segala sesuatu dengan firman-Nya datang ke bumi ini buat kali kedua. Pada tahun 1948 apabila ranting-ranting pokok ara [Israel] yang telah layu selama 1,900 tahun, menjadi lembut dan bertunas, Kristus datang ke Korea, dan mula memberitakan Injil.
Tanah yang diramalkan oleh nabi-nabi Israel sebagai tempat Kristus akan datang sekali lagi, adalah hujung penjuru bumi di timur – Korea. Kristus sanggup untuk menderita demi keselamatan kita. Namun, kita hanya mencari roti untuk tubuh kita, bukannya roti hidup untuk roh kita.
“Yesus memberi kita perjanjian hidup: ‘Jika kamu makan daging-Ku dan minum darah-Ku, kamu mempunyai hidup di dalam dirimu.’ Tiada keajaiban yang lebih hebat daripada ini.”
Roti hidup ialah daging dan darah Kristus.
“Ambillah, makanlah, inilah (roti Paskah) tubuh-Ku.” Mat 26:26
“Sebab inilah (air anggur Paskah) darah-Ku, darah perjanjian, yang ditumpahkan bagi banyak orang untuk pengampunan dosa.” Mat 26:27-28
Kristus perlu datang buat kali kedua dengan Paskah Perjanjian Baru untuk menyelamatkan kita.
Sebelum Kristus kembali ke Syurga, Dia hanya berharap satu perkara:
Iaitu anda menerima keselamatan.
Jika Kristus tidak datang ke bumi ini, kita tidak akan tahu apa itu kasih.
Jika Kristus tidak menderita, kita tidak akan tahu apa itu korban.
Jika Kristus tinggal hanya di Syurga, kita tidak akan merindui Dia.
Kita mengasihi Kristus yang datang kali kedua demi menyelamatkan kita.
Adakah anda mendengar?
Adakah anda mendengar Kristus mengetuk pintu hati anda?
Kristus mengasihimu.
Dia mahu memberimu kehidupan kekal.
119 Bundang P.O.Box, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of KOREA
Tel 031-738-5999 Fax 031-738-5998
Ibu Pejabat: 50, Sunae-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
Gereja Utama: 35, Pangyoyeok-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
ⓒ Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan. Hak cipta terpelihara. Dasar Privasi