Cara untuk melepaskan diri dari malapetaka adalah dengan menyambut Paskah Perjanjian baru. Hanya Gereja Tuhan yang ditubuhkan oleh Kristus Ahnsahnghong yang datang kali kedua seperti yang diramalkan dalam Alkitab menyambut Paskah Perjanjian Baru menurut ajaran-ajaran Alkitab.
Perubahan iklim, gempa bumi, taufan, kebuluran dan peperangan berterusan, dan pembunuhan tidak berhenti. Jika malapetaka ini menimpa saya, dapatkah saya mengelakkannya?
Peperangan! Kebuluran! Gempa bumi! Wabak!
Orang yang kehilangan anak mereka berkabung sambil memanggil nama mereka. Orang yang berpakaian buruk dan dalam kelaparan, makan tanah dan meratap dalam senyap. Kita menggeletar dalam ketakutan akan perubahan iklim, gempa bumi, taufan, peperangan dan kebuluran yang mungkin menimpa kita pada bila-bila masa.
Tolonglah mendengar rintihan kami dalam malapetaka! O Tuhan Yang Mahakuasa yang membawa umat Israel keluar daripada malapetaka melalui Paskah! Kasihanilah kami dan beritahu kami jalan untuk diselamatkan daripada malapetaka! Tolonglah selamatkan kami!
Pada 3,500 tahun yang lalu, apabila malapetaka besar untuk membunuh anak sulung menimpa Mesir, keluarga yang menyambut Paskah dengan menyembelih domba berumur setahun dan mengecat darah pada tiang pintu serta atas ambang pintu tidak dicederakan sama sekali.
“Darah (Anak Domba Paskah) akan menjadi tanda bagimu pada rumah-rumah di mana kamu tinggal. Apabila Aku melihat darah itu, maka Aku akan lewat dari pada kamu. Jadi tidak akan ada tulah kemusnahan di tengah-tengah kamu, apabila Aku menghukum tanah Mesir ...” Kel 12:11-14
Paskah, tanda kuasa Tuhan yang melindungi kita daripada malapetaka. Paskah yang diadakan di Mesir ialah bayangan. Paskah yang Yesus dirikan sebelum Dia disalibkan ialah realiti. (Luk 22:20; Mat 26:17)
“Paskah Perjanjian Baru,” yang membolehkan kita mengambil bahagian dalam darah Yesus yang berharga mesti dirayakan pada zaman ini juga. Namun, pada Majlis Nicaea yang diadakan pada tahun 325 M, Paskah Perjanjian Baru, iaitu hari darah Yesus yang berharga dijanjikan telah dimansuhkan sepenuhnya.
Namun, seperti yang Tuhan katakan, “Aku, TUHAN, akan melaksanakannya dengan segera pada waktunya,” (Yes 60:22) waktu yang ditetapkan telah tiba dan Paskah, iaitu kebenaran Tuhan telah dinyatakan. Kristus Ahnsahnghong yang datang buat kali kedua seperti yang diramalkan dalam Alkitab telah memulihkan Paskah Perjanjian Baru.
“Di seluruh dunia, hanya Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan (Ketua Pastor Kim Joo-cheol) yang menyambut Paskah dengan roti dan air anggur sama seperti Perjamuan Terakhir Yesus Kristus.”
Ya Tuhan, biarlah kami memberitakan Paskah Perjanjian Baru, satu-satunya cara untuk mengambil bahagian dalam darah Yesus yang berharga agar seluruh dunia dapat menyambutnya dan diselamatkan daripada malapetaka!
Tolonglah datang ke Gereja Tuhan yang ditubuhkan oleh Kristus Ahnsahnghong yang datang buat kali kedua menurut ramalan Alkitab, dan menyambut Paskah Perjanjian Baru, dan anda akan diselamatkan daripada malapetaka dan menerima kehidupan kekal.
119 Bundang P.O.Box, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of KOREA
Tel 031-738-5999 Fax 031-738-5998
Ibu Pejabat: 50, Sunae-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
Gereja Utama: 35, Pangyoyeok-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
ⓒ Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan. Hak cipta terpelihara. Dasar Privasi