Tuhan menetapkan hari ibadah bagi orang yang beriman kepada-Nya.
“Ingatlah dan kuduskanlah hari Sabat.” Kel 20:8
Hari Sabat ialah tanda antara Tuhan dengan umat-Nya.
Itulah hari apabila Tuhan menguduskan umat-Nya. (Yeh 20:12).
Jadi, umat Tuhan harus sambut hari Sabat yang ditetapkan oleh Tuhan sebagai hari ibadah.
Hari Sabat ialah hari ketujuh selepas Tuhan menciptakan langit dan bumi selama 6 hari dan berehat. (Kej 2:3) Hari ketujuh hari Sabat ialah hari untuk memperingati kuasa Sang Pencipta.
Kalau begitu, hari apakah dalam seminggu ialah hari ketujuh?
Kamus merekodkan bahawa hari ketujuh ialah hari Sabtu.
Apabila kita melihat kalendar, hari ketujuh hari Sabat ialah hari Sabtu.
Alkitab berkata bahawa Yesus bangkit pada hari pertama dalam seminggu. (Mrk 16:9)
Ayat yang sama dalam Alkitab Berita Baik tertulis bahawa Yesus bangkit pada hari Ahad. (Mrk 16:9)
Kalau begitu, hari apakah dalam seminggu ialah hari Sabat? Hari Sabat pastilah hari Sabtu.
Buku-buku Katolik juga membuktikan bahawa hari Sabat ialah hari Sabtu.
“Kitab Suci menguatkuasakan pematuhan hari Sabtu, hari yang tidak pernah kita kuduskan.”
“Perkataan Sabat bermaksud rehat. Hari Sabat ialah hari ketujuh dalam seminggu dan hari Sabtu.”
Yesus juga beribadah pada hari Sabat (hari Sabtu).
“Ia datang ke Nazaret tempat Ia dibesarkan, dan menurut kebiasaan-Nya pada hari Sabat (hari Sabtu) Ia masuk ke rumah ibadat, ...” Luk 4:16
Selepas Yesus naik ke Syurga, Rasul Paulus juga beribadah pada hari Sabat (hari Sabtu).
“Seperti biasa Paulus masuk ke rumah ibadat itu. Tiga hari Sabat (hari Sabtu) berturut-turut ia membicarakan dengan mereka bagian-bagian dari Kitab Suci.” Kis 17:2
Sama seperti Yesus dan para rasul menyambut hari ketujuh hari Sabat (hari Sabtu), umat Tuhan harus sambut hari Sabat (hari Sabtu) yang ditetapkan oleh Tuhan.
Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan beribadah pada hari ketujuh hari Sabat yang ditetapkan oleh Tuhan.
119 Bundang P.O.Box, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of KOREA
Tel 031-738-5999 Fax 031-738-5998
Ibu Pejabat: 50, Sunae-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
Gereja Utama: 35, Pangyoyeok-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
ⓒ Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan. Hak cipta terpelihara. Dasar Privasi