Hari ini juga, dalam perintah Tuhan untuk mematuhi Perjanjian Baru seperti hari Sabat dan Paskah, ada kehendak-Nya yang mendalam seperti apabila Tuhan berfirman kepada Adam dan Hawa di taman Eden, “Janganlah makan buah pokok pengetahuan tentang yang baik dan yang jahat” supaya memberkati mereka. Ia mengandungi kehendak yang muktamad untuk mengurniakan berkat kepada manusia melalui Perjanjian Baru.
Jika kita hanya bergantung pada pengalaman dan pengetahuan sendiri serta meremehkan firman Tuhan, maka akhirnya kesukaran dan kemalangan akan menyusul.
Kristus Ahnsahnghong dan Tuhan Ibu mengajar kita bahawa apabila kita menghargai firman Tuhan seperti Daniel, Sadrakh, Mesakh dan Abednego, kita akan menerima berkat dan kemuliaan yang akan mengejutkan dunia.
“Segenap perintah, yang kusampaikan kepadamu pada hari ini, haruslah kamu lakukan dengan setia, supaya kamu hidup dan bertambah banyak dan kamu memasuki serta menduduki negeri yang dijanjikan TUHAN dengan sumpah kepada nenek moyangmu.”
Ulangan 8:1
“Jika engkau baik-baik mendengarkan suara TUHAN, Tuhanmu, dan melakukan dengan setia segala perintah-Nya yang kusampaikan kepadamu pada hari ini, maka TUHAN, Tuhanmu, akan mengangkat engkau di atas segala bangsa di bumi.”
Ulangan 28:1
119 Bundang P.O.Box, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of KOREA
Tel 031-738-5999 Fax 031-738-5998
Ibu Pejabat: 50, Sunae-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
Gereja Utama: 35, Pangyoyeok-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
ⓒ Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan. Hak cipta terpelihara. Dasar Privasi