Orang yang tidak taat tidak boleh memasuki Kerajaan Syurga, iaitu tanah Kanaan, seperti yang dilihat dalam sejarah Perjanjian Lama.
Melalui sejarah, kita dapat melihat bagaimana Raja Zedekia mula-mula taat tetapi kemudian berubah menjadi tidak taat, dan bagaimana Raja Saul separuh taat dan separuh tidak taat, serta orang yang tidak taat sejak awal. Mereka tidak boleh diselamatkan, tetapi orang yang mengikuti Anak Domba ke mana sahaja Ia pergi dengan ketaatan akan diselamatkan.
Kristus Ahnsahnghong yang datang sebagai Anak Domba memastikan melalui Alkitab bahawa orang yang mentaati firman Tuhan akan pergi ke Syurga. Dia meninggalkan ajaran-Nya kepada manusia dengan berkata, “Apabila anda baik-baik mentaati ajaran Tuhan Ibu, banyak perkara baik yang tidak dijangka akan berlaku.”
“Segenap perintah, yang kusampaikan kepadamu pada hari ini, haruslah kamu lakukan dengan setia, supaya kamu hidup dan bertambah banyak dan kamu memasuki serta menduduki negeri yang dijanjikan TUHAN dengan sumpah kepada nenek moyangmu. ... dengan maksud merendahkan hatimu dan mencobai engkau untuk mengetahui apa yang ada dalam hatimu, yakni, apakah engkau berpegang pada perintah-Nya atau tidak.”
Ulangan 8:1–2
Dan siapakah yang telah Ia sumpahi, bahwa mereka takkan masuk ke tempat perhentian-Nya? Bukankah mereka yang tidak taat? Demikianlah kita lihat, bahwa mereka tidak dapat masuk oleh karena ketidakpercayaan mereka.
Ibrani 3:18–19
119 Bundang P.O.Box, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of KOREA
Tel 031-738-5999 Fax 031-738-5998
Ibu Pejabat: 50, Sunae-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
Gereja Utama: 35, Pangyoyeok-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
ⓒ Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan. Hak cipta terpelihara. Dasar Privasi