Perayaan Hasil Pertama dirayakan pada zaman Musa
pada masa Perjanjian Lama adalah bayangan,
dan Hari Kebangkitan pada masa Perjanjian Baru adalah realiti.
Yesus Kristus telah bangkit
pada waktu fajar hari sesudah hari Sabat, hari Ahad,
sebagai hasil pertama daripada orang yang telah tidur,
untuk memenuhi ramalam Perayaan Hasil Pertama.
Oleh itu, ia adalah kehendak Tuhan bahawa kita merayakan
Hari Sabat (Hari Sabtu) sebagai perayaan mingguan,
dan Hari Kebangkitan sebagai perayaan tahuan.
Syaitan meletakkan manusia di bawah rantai maut,
menjadikan mereka mengalami kesakitan maut;
walau bagaimanapun, Yesus Kristus telah datang ke bumi ini,
memecahkan kekuasaan maut, dan membawa orang
ke kebenaran yang membimbing kepada kehidupan kekal
melalui Hari Kebangkitan.
Kini, ahli-ahli Gereja Tuhan
tidak mengikut tradisi pagan yang berkongsi telur,
tetapi memecahkan roti yang membuka mata rohani kita,
mengikuti teladan Yesus Kristus.
“Tetapi yang benar ialah, bahwa Kristus telah dibangkitkan dari antara orang mati,
sebagai yang sulung dari orang-orang yang telah meninggal. . .
dihidupkan kembali dalam persekutuan dengan Kristus.” 1 Korintus 15:20-22
119 Bundang P.O.Box, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of KOREA
Tel 031-738-5999 Fax 031-738-5998
Ibu Pejabat: 50, Sunae-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
Gereja Utama: 35, Pangyoyeok-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
ⓒ Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan. Hak cipta terpelihara. Dasar Privasi