Hari ini, banyak orang di seluruh dunia menyembah Tuhan pada hari Ahad, tetapi hari yang Tuhan memberkati dan menyuruh kita kuduskan ialah hari Sabat (hari Sabtu).
Kerajaan Syurga bukanlah tempat orang boleh pergi dengan hanya percaya kepada Tuhan dan pergi ke gereja. Hanya orang yang menyambut hari Sabat iaitu tanda yang diberikan oleh Tuhan kepada umat-Nya boleh pergi ke Kerajaan Syurga.
Sama seperti penakluk yang terkenal, ahli politik dan orang kaya telah mati, semua manusia akan mati. Selepas itu, mereka akan kekal berada di Syurga atau neraka. Jika kita menyedari hal ini, maka kita haruslah ikut jalan Kerajaan Syurga yang diajarkan oleh Kristus Ahnsahnghong dan Tuhan Ibu, iaitu hari Sabat dalam Alkitab.
“Ingatlah dan kuduskanlah hari Sabat: enam hari lamanya engkau akann bekerja dan melakukan segala pekerjaanmu, tetapi hari ketujuh adalah hari Sabat TUHAN, Tuhanmu; ... itulah sebabnya TUHAN memberkati hari Sabat dan menguduskannya.”
Keluaran 20:8–11
“Bukan setiap orang yang berseru kepada-Ku: Tuhan, Tuhan! akan masuk ke dalam Kerajaan Sorga, melainkan dia yang melakukan kehendak Bapa-Ku yang di sorga.”
Matius 7:21
119 Bundang P.O.Box, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of KOREA
Tel 031-738-5999 Fax 031-738-5998
Ibu Pejabat: 50, Sunae-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
Gereja Utama: 35, Pangyoyeok-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
ⓒ Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan. Hak cipta terpelihara. Dasar Privasi