Dari mana kita datang? Ke mana kita akan pergi selepas kita mati? Walaupun banyak ahli falsafah, ahli teologi dan saintis telah mencari jawapan tentang makna kehidupan selama berabad-abad, mereka tidak dapat memberi teori tanpa bercanggah dengan diri sendiri. Tanpa mengetahui makna kehidupan manusia merayau-rayau, diikat dengan pekerjaan dan menghadapi kematian.
Sama seperti dedaun luruh apabila ditiup angin, kehidupan kita hanyalah mimpi kosong seperti dedaun yang gugur. Namun, ada sesuatu yang penting tersembunyi dalam kehidupan kita.
Alkitab mengajar bahawa kematian bermaksud “kembali” ke Syurga. (Pkh 12:7)
“Kembali” bermaksud kembali ke tempat asal.
Sebelum Tuhan menciptakan bumi, kamu berada di Syurga.
“Di manakah engkau, Ayub ketika Aku menjadikan bumi?
Engkau berada di Syurga dan jumlah hari-harimu telah banyak!” Ayb 38:1-21
Tuhan mengajar Ayub bahawa sebelum dia dilahirkan di bumi, dia berada di Syurga.
Sama seperti Ayub, kita juga berada di Syurga sebelum kita dilahirkan di bumi.
Semasa kita berada di bumi, badan kita ialah “khemah” tempat roh kita tinggal untuk seketika. (2 Kor 5:1)
Oleh itu, para rasul yang diajar oleh Yesus memanggil manusia sebagai “orang asing” dan “pendatang”.
Mereka tahu tanah air kita ialah “Syurga”. (Ibr 11:13)
Di Syurga, tempat yang tiada batasan masa, ruang dan kelajuan, kita berbuat dosa.
Manusia dibuang ke bumi, kehilangan ingatan Syurga.
Mengerang dalam kesakitan dosa, orang menggeletar ketakutan terhadap semua jenis bencana.
Tidakkah anda merindui tanah air kita yang indah dan mulia?
Adakah tiada cara untuk kembali ke tanah air syurgawi kita yang mulia?
Hanya apabila kita mendapat jawapan, kita boleh kembali.
2,000 tahun dahulu, Yesus datang dan mengajar kita bagaimana kita dapat menerima pengampunan untuk dosa yang telah kita lakukan di Syurga dan Dia membuka jalan ke Kerajaan Syurga. (Mat 26:26)
Pada zaman ini, Roh dan Pengantin Perempuan memulihkan Paskah yang hilang, dan membimbing kita ke rumah abadi kita, iaitu Syurga. Saya harap anda menyambut Paskah yang dipulihkan dan kembali ke tanah air syurgawi yang anda rindui. Kami menjemput anda ke rumah abadi kami, Syurga.
119 Bundang P.O.Box, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of KOREA
Tel 031-738-5999 Fax 031-738-5998
Ibu Pejabat: 50, Sunae-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
Gereja Utama: 35, Pangyoyeok-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
ⓒ Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan. Hak cipta terpelihara. Dasar Privasi