Esau dan Yudas Iskariot kehilangan berkat disebabkan kata-kata mereka yang cuai, dan penjahat yang di sebelah kanan serta tiga orang sahabat Daniel menerima berkat yang melimpah-limpah daripada Tuhan disebabkan kata-kata yang mereka ucapkan dengan iman.
Kata-kata yang keluar dari mulut kita tidak akan hilang tetapi akan kembali kepada kita pada Hari Penghakiman, jadi Tuhan selalu mengajar kita supaya fikir berpuluh-puluh kali dahulu sebelum bercakap dan lambat untuk marah.
Jika kita menyedari bahawa kita dilemparkan dari Syurga disebabkan dosa, kita tidak akan berasa tersinggung dalam apa pun. Sebaliknya, kita dapat menjalani kehidupan yang diberkati dengan bersyukur dan mengucapkan apa yang baik menurut ajaran Tuhan atas hakikat bahawa kita dapat bersama dengan Kristus Ahnsahnghong serta Tuhan Ibu yang telah datang pada zaman Roh Kudus.
Hai saudara-saudara yang kukasihi, ingatlah hal ini: setiap orang hendaklah cepat untuk mendengar, tetapi lambat untuk berkata-kata, dan juga lambat untuk marah; sebab amarah manusia tidak mengerjakan kebenaran di hadapan Tuhan. ... hendaklah kamu menjadi pelaku firman dan bukan hanya pendengar saja; sebab jika tidak demikian kamu menipu diri sendiri. ... ia akan berbahagia oleh perbuatannya.
Yakobus 1:19–25
119 Bundang P.O.Box, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of KOREA
Tel 031-738-5999 Fax 031-738-5998
Ibu Pejabat: 50, Sunae-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
Gereja Utama: 35, Pangyoyeok-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
ⓒ Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan. Hak cipta terpelihara. Dasar Privasi