Alexander Agung yang menakluki satu perempat dunia dan sangat dihormati seperti dewa juga menamatkan kehidupannya secara sia-sia. Walaupun manusia memiliki segala-gala yang berharga di dunia materialistik, kehidupan yang tidak mengetahui tentang dunia abadi adalah sia-sia. Walaupun seseorang mempunyai segala-gala yang berharga di dunia materialistik — kekuasaan, kekayaan dan penghormatan, jika dia tidak dapat bersedia untuk dunia yang kekal, akhirnya dia pun mati!
Kekayaan, penghormatan dan kekuasaan dunia ini tidak bertahan lama. Semuanya tidak berguna di hadapan kematian. Jadi, Kristus Ahnsahnghong menyuruh kita bersedia untuk dunia rohani yang terdapat kegembiraan kekal. Hal itu adalah kerana asas kita bukanlah tubuh fizikal tetapi roh kita (Yoh 6:53). Kehidupan yang tidak mengetahui dunia yang kekal adalah sia-sia. Kehidupan kita yang singkat di bumi ini ialah masa bagi kita mempersiapkan diri untuk dunia yang kekal. Apakah yang harus kita lakukan untuk pergi ke dunia rohani yang kekal? Badan fana tidak dapat pergi ke dunia rohani abadi yang tiada kesakitan atau kematian. Hanya orang yang mempunyai kehidupan kekal dapat pergi ke sana (1 Kor 15:50).
Kalau begitu, bagaimanakah memperoleh kehidupan kekal? Apabila kita makan daging Yesus dan minum darah-Nya kita dapat memperoleh kehidupan kekal (Yoh 6:54). Yesus berjanji bahawa roti dan air anggur Paskah ialah daging dan darah-Nya. (Mat 26:26). Oleh itu, orang yang memperoleh kehidupan kekal melalui Paskah dapat memasuki dunia rohani dan mengembara di alam semesta secara bebas. Daripada berpaut kepada dunia yang materialistik dan menamatkan kehidupan, marilah kita mengharapkan dunia rohani yang kekal dan mengambil bahagian dalam janji kehidupkan kekal yang kudus [Paskah]. Gereja Tuhan yang ditubuhkan oleh Kristus Ahnsahnghong, iaitu Kristus Yang Datang Kali Kedua adalah satu-satunya gereja di seluruh dunia yang menyambut Paskah Perjanjian Baru.
119 Bundang P.O.Box, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of KOREA
Tel 031-738-5999 Fax 031-738-5998
Ibu Pejabat: 50, Sunae-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
Gereja Utama: 35, Pangyoyeok-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
ⓒ Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan. Hak cipta terpelihara. Dasar Privasi