Sesetengah orang menganggap Alkitab hanya sebagai buku sejarah atau mitologi Israel.
Namun, Alkitab ialah buku tertua di dunia, ia ditulis pada masa yang berbeza oleh berpuluh-puluh orang yang berbeza pekerjaan dan umur dalam tempoh melebihi 1,600 tahun.
Apa yang lebih mengejutkan adalah segala-gala yang ditulis selama 1,600 tahun dihubungkan sebagai ramalan dan pemenuhan.
Antara rekod Alkitab, mari kita pelajari ramalan tentang Raja Koresh dan pemenuhannya.
Raja Koresh ialah pengasas Empayar Parsi dan penakluk Timur.
Marilah kita melihat pencapaian hebatnya yang direkodkan dalam Alkitab.
” ‘Beginilah perintah Koresh, raja Persia: Segala kerajaan di bumi telah dikaruniakan kepadaku oleh TUHAN, Tuhan semesta langit. Ia menugaskan aku untuk mendirikan rumah bagi-Nya di Yerusalem, yang terletak di Yehuda.’ ” Ezr 1:2-3
Mengapakah Koresh, raja Persia memuji Tuhan Israel dan membebaskan umat Israel?
Raja Koresh melihat namanya tertulis dalam buku Yesaya yang telah ditulis kira-kira 170 tahun sebelum dia membebaskan umat Israel.
“Beginilah firman TUHAN:‘ Inilah firman-Ku kepada orang yang Kuurapi, kepada Koresh yang tangan kanannya Kupegang supaya Aku menundukkan bangsa-bangsa di depannya . . . Aku akan memberikan kepadamu harta benda yang terpendam dan harta kekayaan yang tersembunyi, supaya engkau tahu, bahwa Akulah TUHAN, Tuhan Israel, yang memanggil engkau dengan namamu.’ ” Yes 45:1-3
Raja Koresh menyedari bahawa Tuhan membantunya menakluki Babel dan dia membebaskan umat Israel seperti yang diramalkan dalam Alkitab. Hasilnya, Raja Koresh masih dipuji oleh orang sebagai raja kuno yang membebaskan hamba dan mengakui hak kebebasan beragama. Alkitab juga meramalkan kelahiran Yesus sebagai anak kira-kira 700 tahun sebelum kedatangan-Nya ke bumi.
“. . . ‘seorang perempuan muda mengandung dan akan melahirkan seorang anak laki-laki, dan ia akan menamakan Dia Imanuel.’ ” Yes 7:14
Menurut ramalan ini, Tuhan dilahirkan sebagai Yesus melalui tubuh perempuan muda Maria (Mat 1:18-23). Lebih-lebih lagi, Alkitab meramalkan secara terperinci tentang penderitaan yang akan dialami oleh Yesus.
“. . . Ia dihina dan dihindari orang, . . . Tetapi dia tertikam oleh karena pemberontakan kita, dia diremukkan oleh karena kejahatan kita; ganjaran yang mendatangkan keselamatan bagi kita ditimpakan kepadanya, dan oleh bilur-bilurnya kita menjadi sembuh.” Yes 53:3-5
Menurut ramalan ini, Yesus ditikam dengan tombak dan disebat (Mat 27:26-35; Yoh 19:34). Walaupun ramalan-ramalan Alkitab tidak difahami oleh orang apabila ia ditulis, semuanya telah dipenuhi.
Jadi Alkitab memberi amaran kepada kita agar janganlah anggap rendah nubuat-nubuat (1 Tes 5:20). Ini kerana kita tidak dapat diselamatkan jika kita memandang rendah terhadap ramalan-ramalan Alkitab. Memandangkan banyak ramalan telah dipenuhi setepatnya seperti yang tertulis, jadi ramalan-ramalan yang tinggal semuanya akan dipenuhi tanpa gagal.
“ ‘dan akan terjadi gempa bumi yang dahsyat dan di berbagai tempat akan ada penyakit sampar dan kelaparan, dan akan terjadi juga hal-hal yang mengejutkan dan tanda-tanda yang dahsyat dari langit.’ ” Luk 21:11
Alkitab memberitahu kita bahawa kita mesti mengungsi ke Sion untuk diselamatkan apabila malapetaka dan kebinasaan besar terakhir datang.
“ ‘ “. . . Berkumpullah . . .” ‘Angkatlah panji-panji ke arah Sion! Cepat-cepatlah kamu mengungsi, jangan tinggal diam! Sebab Aku mendatangkan malapetaka dari utara dan kehancuran yang besar.’ ” Yer 4:5-6
Sion, iaitu tempat perayaan Tuhan disambut ialah tempat perlindungan dan keselamatan yang Tuhan janjikan kita (Yes 33:20). Di dunia, Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan adalah satu-satunya gereja yang merayakan perayaan Tuhan menurut ajaran-ajaran Alkitab; iaitu Sion.
119 Bundang P.O.Box, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of KOREA
Tel 031-738-5999 Fax 031-738-5998
Ibu Pejabat: 50, Sunae-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
Gereja Utama: 35, Pangyoyeok-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
ⓒ Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan. Hak cipta terpelihara. Dasar Privasi