Umat Israel menerima Sepuluh Hukum yang kedua selepas mereka bertaubat daripada penyembahan berhala, dan Tuhan menamakan hari itu sebagai Hari Pengampunan Dosa kerana mereka menerima pengampunan dosa daripada Tuhan.
Perayaan Trompet pada hari pertama bulan ketujuh menurut kalendar suci ialah perayaan apabila trompet pertaubatan ditiup dengan kuat, dengan maksud bahawa semua orang harus bertaubat kepada Tuhan kerana sepuluh hari kemudian ialah Hari Pengampunan Dosa.
Sama seperti umat Israel meniup trompet pertaubatan sepuluh hari sebelum Hari Pengampunan Dosa pada zaman Musa, sekarang kita harus meniup trompet untuk memanggil seluruh dunia agar datang kepada Kristus Ahnsahnghong dan Tuhan Ibu untuk diselamatkan dan mencapai pertaubatan yang lengkap melalui baptisan serta perayaan-perayaan Perjanjian Baru.
“Katakanlah kepada orang Israel, begini: Dalam bulan yang ketujuh, pada tanggal satu bulan itu, kamu harus mengadakan hari perhentian penuh yang diperingati dengan meniup serunai, yakni hari pertemuan kudus. Janganlah kamu melakukan sesuatu pekerjaan berat dan kamu harus mempersembahkan korban api-apian kepada TUHAN.”
Imamat 23:24-25
Lalu jawab Yesus kepada mereka, kata-Nya: “Bukan orang sehat yang memerlukan tabib, tetapi orang sakit; Aku datang bukan untuk memanggil orang benar, tetapi orang berdosa, supaya mereka bertobat.”
Lukas 5:31-32
119 Bundang P.O.Box, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of KOREA
Tel 031-738-5999 Fax 031-738-5998
Ibu Pejabat: 50, Sunae-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
Gereja Utama: 35, Pangyoyeok-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
ⓒ Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan. Hak cipta terpelihara. Dasar Privasi