Alkitab menggambarkan zaman ini sebagai zaman krisis besar. Apabila sering terdapat perang antara negara-negara dan bencana iklim yang tidak terkira banyaknya berlaku, orang merancang untuk melarikan diri ke angkasa, bawah laut ataupun di bawah tanah. Namun, Alkitab berkata bahawa tidak ada tempat perlindungan keselamatan kecuali Sion, iaitu tempat yang ada Tuhan Ibu.
Sama seperti Tuhan mendedahkan dan mentafsirkan mimpi Raja Nebukadnezar kepada Daniel, hari ini Dia mendedahkan bahawa tempat perlindungan yang paling selamat di tengah-tengah malapetaka ialah Tuhan Ibu. Sama seperti anak-anak berasa paling selamat dalam pangkuan ibu pada masa bahaya, Tuhan memberitahu kita bahawa Tuhan Ibu ialah tempat yang paling selamat bagi manusia semasa krisis.
“Aku akan menyapu bersih segala-galanya dari atas muka bumi, demikianlah firman TUHAN. Aku akan menyapu manusia dan hewan; Aku akan menyapu burung-burung di udara dan ikan-ikan di laut. Aku akan merebahkan orang-orang fasik dan akan melenyapkan manusia dari atas muka bumi, demikianlah firman TUHAN.”
Zefanya 1:2-3
“Akan tetapi apabila hamba itu jahat dan berkata di dalam hatinya: Tuanku tidak datang-datang, lalu ia mulai memukul hamba-hamba lain, dan makan minum bersama-sama pemabuk-pemabuk, maka tuan hamba itu akan datang pada hari yang tidak disangkakannya, dan pada saat yang tidak diketahuinya, dan akan membunuh dia dan membuat dia senasib dengan orang-orang munafik. Di sanalah akan terdapat ratapan dan kertakan gigi.”
Matius 24:48-51
119 Bundang P.O.Box, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of KOREA
Tel 031-738-5999 Fax 031-738-5998
Ibu Pejabat: 50, Sunae-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
Gereja Utama: 35, Pangyoyeok-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
ⓒ Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan. Hak cipta terpelihara. Dasar Privasi