Sepuluh Hukum pertama yang Musa terima telah dilanggar, kerana umat Israel menyembah anak lembu emas. Selepas umat Israel menyedari dosa sendiri dan bertaubat, Musa turun dengan Sepuluh Hukum kedua yang diberikan oleh Tuhan kepada mereka sebagai tanda pengampunan. Ini telah menjadi asal usul Hari Pengampunan Dosa.
Apabila seseorang melakukan dosa, dosa itu dipindahkan buat sementara kepada Tuhan, iaitu tempat kudus sehingga Hari Pengampunan Dosa. Selepas imam besar memasuki tempat maha kudus dan melakukan upacara pemercikan darah, dosa itu diampunkan sepenuhnya. Begitu juga pada hari ini. Tanpa menerima rahmat Yerusalem, iaitu tempat maha kudus, iaitu Tuhan Ibu, tiada seroang pun dapat mencapai pengampunan dosa atau keselamatan yang lengkap.
Setelah selesai mengadakan pendamaian bagi tempat kudus dan Kemah Pertemuan serta mezbah, ia harus mempersembahkan kambing jantan yang masih hidup itu, dan Harun harus meletakkan kedua tangannya ke atas kepala kambing jantan yang hidup itu dan mengakui di atas kepala kambing itu segala kesalahan orang Israel dan segala pelanggaran mereka, apa pun juga dosa mereka; ia harus menanggungkan semuanya itu ke atas kepala kambing jantan itu dan kemudian melepaskannya ke padang gurun dengan perantaraan seseorang yang sudah siap sedia untuk itu. Demikianlah kambing jantan itu harus mengangkut segala kesalahan Israel ke tanah yang tandus, dan kambing itu harus dilepaskan di padang gurun.
Imamat 16:20-22
119 Bundang P.O.Box, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of KOREA
Tel 031-738-5999 Fax 031-738-5998
Ibu Pejabat: 50, Sunae-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
Gereja Utama: 35, Pangyoyeok-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
ⓒ Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan. Hak cipta terpelihara. Dasar Privasi