Pada zaman Roh Kudus, Tuhan meramalkan dalam Alkitab bahawa akan ada perang rohani yang besar antara Perempuan itu dan keturunan-Nya yang lain dengan Syaitan serta pengikutnya. Apabila Tuhan memisahkan orang yang akan diselamatkan daripada orang yang tidak, hanya dengan berdiri di sebelah Perempuan itu, iaitu Tuhan Ibu, kita dapat memenangi perang rohani yang besar dan menerima berkat keselamatan.
Tuhan Ahnsahnghong memberitahu kita sejelasnya bahawa Tuhan Ibu wujud melalui sistem keluarga bumi dan proses penciptaan Hawa. Dia juga mengajar bahawa ahli-ahli Gereja Tuhan, iaitu keturunan Perempuan yang lain, harus menyampaikan kemuliaan Ibu Yerusalem ke dunia.
Maka marahlah naga itu kepada perempuan itu, lalu pergi memerangi keturunannya yang lain, yang menuruti hukum-hukum Tuhan dan memiliki kesaksian Yesus. Dan ia tinggal berdiri di pantai laut. Wahyu 12:17-18
Di atas tembok-tembokmu, hai Yerusalem, telah Kutempatkan pengintai-pengintai. Sepanjang hari dan sepanjang malam, mereka tidak akan pernah berdiam diri. Hai kamu yang harus mengingatkan TUHAN kepada Sion, janganlah kamu tinggal tenang dan janganlah biarkan Dia tinggal tenang, sampai Ia menegakkan Yerusalem dan sampai Ia membuatnya menjadi kemasyhuran di bumi. Yesaya 62:6-7
119 Bundang P.O.Box, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of KOREA
Tel 031-738-5999 Fax 031-738-5998
Ibu Pejabat: 50, Sunae-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
Gereja Utama: 35, Pangyoyeok-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
ⓒ Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan. Hak cipta terpelihara. Dasar Privasi