Pada zaman ini, Kristus Ahnsahnghong datang ke bumi ini seperti ramalan, menubuhkan Gereja Tuhan dan memberitahu kita Ibu Yerusalem Syurgawi sambil berkata, “Aku mengikut Ibu.” Seperti yang diramalkan, kemuliaan Ibu Yerusalem Syurgawi telah menjadi cahaya harapan di dunia yang gelap ini.
Apabila ahli-ahli memancarkan cahaya Yerusalem dengan mempercayai bahawa ini ialah Injil yang dipimpin oleh Tuhan, bangsa-bangsa pelbagai jenis bahasa dan budaya dari seluruh dunia sedang berduyun-duyun kembali ke Sion. Bagi anak-anak-Nya yang mempercayai ramalan-ramalan dan memancarkan kemuliaan Ibu Yerusalem Syurgawi, Tuhan memenuhi janji-Nya: “Mereka akan memegang pemerintahan itu sampai selama-lamanya, bahkan kekal selama-lamanya.”
Sebab sesungguhnya, kegelapan menutupi bumi, dan kekelaman menutupi bangsa-bangsa; tetapi terang TUHAN terbit atasmu, dan kemuliaan-Nya menjadi nyata atasmu. Bangsa-bangsa berduyun-duyun datang kepada terangmu, dan raja-raja kepada cahaya yang terbit bagimu. Yesaya 60:2–3
“[S]esudah itu orang-orang kudus milik Yang Mahatinggi akan menerima pemerintahan, dan mereka akan memegang pemerintahan itu sampai selama-lamanya, bahkan kekal selama-lamanya.” Daniel 7:18
119 Bundang P.O.Box, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of KOREA
Tel 031-738-5999 Fax 031-738-5998
Ibu Pejabat: 50, Sunae-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
Gereja Utama: 35, Pangyoyeok-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
ⓒ Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan. Hak cipta terpelihara. Dasar Privasi