Sama seperti Adam dan Hawa berdosa kerana mereka melupakan hukum Tuhan, “Janganlah makan buah dari pokok pengetahuan tentang yang baik dan yang jahat,” kita berdosa dan ditimpa malapetaka setiap kali kita melupakan hukum Tuhan.
Kini juga, Tuhan berkata bahawa malapetaka terakhir akan datang kerana dunia melupakan hukum Tuhan – hari Sabat dan Paskah Perjanjian Baru, serta tidak menyambutnya.
Manusia ialah roh [malaikat] yang berdosa di Syurga dan dibuang ke bumi ini. Mereka boleh kembali ke Syurga hanya apabila mereka mematuhi firman Tuhan semasa hidup di bumi ini. Sama seperti Raja Hizkia diberkati dengan mematuhi hukum [Paskah] menurut firman Tuhan, Gereja Tuhan mentaati kehendak Tuhan dengan mematuhi hukum Tuhan, iaitu Perjanjian baru.
Hati-hatilah, supaya jangan engkau melupakan TUHAN, Tuhanmu, dengan tidak berpegang pada perintah, peraturan dan ketetapan-Nya, yang kusampaikan kepadamu pada hari ini.
Ulangan 8:11
“Bukan setiap orang yang berseru kepada-Ku: Tuhan, Tuhan! akan masuk ke dalam Kerajaan Sorga, melainkan dia yang melakukan kehendak Bapa-Ku yang di sorga. Pada hari terakhir banyak orang akan berseru kepada-Ku: Tuhan, Tuhan, bukankah kami bernubuat demi nama-Mu, … dan mengadakan banyak mujizat demi nama-Mu juga? … Aku tidak pernah mengenal kamu! Enyahlah dari pada-Ku, kamu sekalian pembuat kejahatan [yang mungkar, AVB]!”
Matius 7:21-23
119 Bundang P.O.Box, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of KOREA
Tel 031-738-5999 Fax 031-738-5998
Ibu Pejabat: 50, Sunae-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
Gereja Utama: 35, Pangyoyeok-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
ⓒ Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan. Hak cipta terpelihara. Dasar Privasi