Nuh percaya akan kurnia Tuhan walaupun dia menghadapi kesunyian semasa dia membina bahtera untuk masa yang lama. Musa lebih suka menderita bersama dengan umat Tuhan daripada menikmati kemuliaan sebagai putera di Mesir. Rasul Paulus bersukacita atas peluang untuk berkongsi Syurga dengan manusia, walaupun dia menghadapi banyak kesukaran. Begitu juga, ahli-ahli Gereja Tuhan menempuh jalan iman dengan gembira sambil memikul salib mereka.
Ibu Syurgawi sentiasa mengingatkan kita dengan berkata, “Bukankah kita ada harapan Syurga?” Jadi, sama ada ahli biasa atau kakitangan pastoral yang bekerja di barisan hadapan, setiap orang harus melihat berkat Syurga yang disediakan di sebalik halangan yang berlaku di depan mata kita semasa kita memikul salib kita.
Ia menganggap penghinaan karena Kristus sebagai kekayaan yang lebih besar dari pada semua harta Mesir, sebab pandangannya ia arahkan kepada upah. Ibrani 11:26
Sebab, jika kamu hidup menurut daging, kamu akan mati; tetapi jika oleh Roh kamu mematikan perbuatan-perbuatan tubuhmu, kamu akan hidup. Semua orang, yang dipimpin Roh Tuhan, adalah anak Tuhan. ... jika kita menderita bersama-sama dengan Dia, supaya kita juga dipermuliakan bersama-sama dengan Dia. Sebab aku yakin, bahwa penderitaan zaman sekarang ini tidak dapat dibandingkan dengan kemuliaan yang akan dinyatakan kepada kita. Roma 8:13-18
119 Bundang P.O.Box, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of KOREA
Tel 031-738-5999 Fax 031-738-5998
Ibu Pejabat: 50, Sunae-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
Gereja Utama: 35, Pangyoyeok-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
ⓒ Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan. Hak cipta terpelihara. Dasar Privasi